Monday, 5 March 2012

PUBLIC TRANSPORT @ MALAYSIA

Jom check satu persatu public transport di Malaysia dan apa pandangan anda mengenai servis yang dipamerkan. Puas hati? Menyampah? Boleh tahan? atau dah serik?!
  • TEKSI 
Rungutan yang lazim kedengaran:
- Bayaran mahal dan tidak padan dengan destinasi yang ingin dituju
- Keadaan teksi yang uzur dan tidak selesa untuk dinaiki tetapi  
   pemandu tetap meletakkan harga yang mahal. 
- Pemandu gatal! (sesetengah je)
So, apa kata kita try TEKSI WANITA yang baru dilancarkan tahun lepas. Kegelisahan penumpang teksi wanita berhubung keselamatan mereka kini berakhir dengan pelancaran projek 'Teksi Wanita'. Actually tanggungjawab pemandu wanita sama dengan lelaki iaitu memandu berhemah dan patuhi peraturan dan undang-undang negara kerana mereka adalah ‘duta kecil’ kepada negara. Thumbs up!
  •  KOMUTER (KTM)
Komen yang pertama sekali, of course la lembab dan slow cam siput kan? Dah la kena tunggu berjam-jam pastu bila dah sampai untunglah orang yang dapat masuk dulu dari orang belakang yang berisiko tinggi tak dapat naik...yang ni memang kategori dah serik tapi kalau dah no choice, terpaksa redah je...walaupun 'beliau' lembab, tetapi disediakan KOC WANITA. Terbaik! Kalau tak terpaksa la duduk tercongok bawah ketiak harum abang-abang Bangla dan Indon. Tapi, walaupun dah sah-sah tulis koc untuk wanita sahaja, siap berkaler pink segala bagai, still ada 'kumbang-kumbang' yang tersesat dalam koc ni. So, read before you ride bhai!  Wanita sahaja sepanjang masa!
  • LRT
Yang tak best tentang LRT ni ialah tidak disediakan koc untuk wanita, so terpaksa la bersesak-sesak sikit. Servis LRT so far so good tapi yang leceh sikit sekarang ni terpaksa beli tiket guna mesin. Aiseyman...ni yang den lomah nie...First pakai mesin ni ramai orang tercangak-cangak, camne la nak pakai 'menatang' ni ekk? Dah la tak disediakan arahan untuk pakai mesin ni, so jadi lembap sikit sebab masing-masing 'nervous' nak menekan destinasi pilihan. 
Kelemahan guna mesin ialah:
  • Disebabkan rakyat Malaysia agak 'manja' dan kurang didedahkan dengan mesin, so kaedah ini kurang sesuai dipraktikkan 
  • Kurang sesuai untuk atuk, aunty, uncle yang tak tahu tekno
  • Memerlukan wang syiling untuk urusan pembelian tiket/coin. Masalah kaunter tidak menyediakan sebarang pertukaran wang kecil dan layanan dari staff yang hampeh! (Ingat kau  sorang je stress)
  • Lagi stress kalau duit yang disumbat tak mau masuk dan duit syiling tak lekat-lekat walaupun dah cuba semua duit syiling yang ada  
  • Orang luar/pelancong mungkin tidak tahu destinasi yang ingin dituju dan melambatkan lagi proses pembelian tiket
  • BAS
Kenapa perlu naik bas?
- Tambang murah
- Selesa dan relax je cam big bos
- Duit tak cukup nak naik teksi
- Tiada pilihan melainkan bas je yang ade pun...huhu

Kenapa tak perlu naik bas? 
- Kena tunggu berjam-jam 
- Terpaksa bersesak-sesak especially waktu puncak
- Drebar biadap + gatal
- Kadang-kadang 'atuk' yang bawak bas tu x berenti walaupun dah tekan loceng banyak kali
- Berisiko tinggi untuk dimengorat dek Bangla+Endon+Myanmar+Vietnam+Awang Hitam...eiii seramm...







 

Thursday, 1 March 2012

JOM MENGUNDI!

Bahang pilihanraya semakin dirasai. kepada rakan-rakan yang berumur 21 tahun keatas atau dengan istilah lainnya seseorang yang sudah layak mengundi boleh menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negara secara berhemah. 

Kesedaran mengundi dikalangan anak muda dilihat kurang memberangsangkan. Apakah punca yang menyebabkan perkara ini terjadi? Adakah anak-anak muda zaman sekarang tidak nampak betapa pentingnya peranan sesorang pemimpin dalam menentukan corak masa depan negara?

Secara garis besar, anak muda Melayu sebenarnya tidak begitu berminat apabila orang lain mula menyebut tentang pendaftaran mengundi dan tanggungjawab mengundi. Malas masuk campur adalah antara yang dirasakan oleh sebahagian besar mereka.  Persepsi yang salah tentang mendaftar dan mengundi adalah apabila ia ditafsirkan sebagai berpolitik walhal ia merupakan suatu hak dan tanggungjawab seorang rakyat. Anak muda kadangkala terlupa atau tidak mengetahui bahawa sebelum merdeka kita di Malaysia tidaklah seselesa apa yang dirasakan pada hari ini. Sebagai bangsa yang merdeka, semua pihak bersemangat ingin ikut serta dalam memajukan negara. Sebagai contoh, kini mereka mempunyai hak yang sah untuk menentukan wakil mereka dalam pembentukan kerajaan. Tidak hairan pada pilihanraya umum negara yang pertama, peratusan rakyat yang keluar mengundi merupakan peratusan yang tertinggi dalam sejarah!

Menentukan kerajaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab memastikan pertumbuhan Malaysia positif kerana kerajaan dan pemimpin yang baik akan memberi hasil kerja yang lebih baik. Ia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dan tidak juga boleh diendahkan begitu saja. Selain ia adalah sebuah hak, mengundi juga sebahagian dari tanggungjawab seorang rakyat.
Sebagai anak muda, kalau ingin selesa dan mengambil sikap malas fikir, ramai sebolehnya malas ikut campur dalam urusan tersebut. Walau bagaimanapun, memikirkan perjuangan orang terdahulu, sebagai seorang dewasa, tidak mahu mengambil tahu tentang perkara tersebut beerti menghina perjuangan mereka. Tanpa perjuangan mereka terdahulu, mungkin hari ini kita masih anak seorang petani dan mungkin hanya menjadi seorang petani. 

Mendaftar dan mengundi adalah satu hal yang perlu dibuat, memilih dengan baik pula adalah satu tuntutan yang perlu difikirkan. Daftar dan mengundilah kelak dengan bijak. Kini sudah tiba giliran kita untuk menggalas tanggungjawab meneruskan perjuangan Malaysia.