Tuesday, 29 May 2012

TIPS MENGELAKKAN PENANGGUHAN

Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia. Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang. Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.

Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan

1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?

2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.

3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.

4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.

5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.

6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.

7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.

8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Monday, 28 May 2012

LAWAK KE DER???

Hahahaha...dari pagi sampai malam ketawa memanjang. Entah apa yang lawaknya pun tak tahu. Celik je mata, terus cari remote dan tekan channel Astro Warna. Bila dah bukak memang tak jadi kerjalah jawabnya kerana asyik dok mengadap 'benda alah' tu. Sampaikan kadang-kadang nak keluar rumah pun tak jadi! Rasa berat hati nak tinggalkan Tv. Walhal, benda yang sama jugak diulangnya. Dengan Super Spontannya, Karoot Komedianya, Berita Hangit dan macam-macam lagi. Kalau tengok muka pelakonnya saja pun dah rasa nak tergelak, apatah lagi menonton ceritanya. 

Sedar atau tidak sebenarnya kita banyak menghabiskan masa melakukan perkara yang melalaikan atau lebih tepat lagi lagho. Mungkin dengan menonton rancangan-rancangan sebegini dapat menghilangkan stress bagi sesetengah orang. Tapi bila difikirkan semula, banyak lagi benda-benda lain yang boleh dibuat untuk menghilangkan tekanan. Atau sememangnya masyarakat kita terlalu 'gilakan' hiburan? Bukankah terlalu banyak ketawa akan menyebabkan hati mati? Islam sendiri tidak melarang umatnya untuk berseronok apatah lagi berasa gembira, tetapi berseronok itu biarlah ada batas dan tidak melampau. Sesungguhnya terlalu berseronok akan menyebabkan kita semakin jauh meninggalkan Allah. Tidak salah kalau nak menonton Maharaja Lawak,  tetapi jangan sampai tertinggal solat. Renung-renungkan dan selamat beramal.




'FENOMENA USTAZ'

"Cepat bukak TV Alhijrah, mak nak tengok Ustaz Don!" Mak saya mencari-cari remote TV yang hilang entah ke mana. Selepas selesai memasak, dia akan duduk santai di depan TV menunggu cerita kegemarannya. 30 Minit Bersama Ustaz Don. Pertama kali tengok rancangan ni, memang tak kenal penceramahnya. Yang saya tahu, hmm..ensem jugak ustaz ni. Hihi...Dan yang positifnya tentang Ustaz Don ni, semua orang suka mendengar celotehnya ynag santai dan pandai memujuk. Kupasan isu yang dibawakan juga diterangkan dengan jelas dan terang.

Serentak dengan fenomena Ustaz Don, muncul pula Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Youtube diorang cakap. Saya jarang mendengar ceramah beliau oleh kerana loghat Kelantan yang digunakan agak pekat. Tapi isu semasa yang dihuraikan memang menarik, kelakar dan ada logiknya disitu.

Arus semasa yang bergerak pantas memaksa para 'ustaz-ustaz' diluar sana berfikiran kreatif untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Tambahan pula masyarakat pada masa kini semakin bijak menilai mana baik dan buruk sesuatu perkara. Persepsi masyarakat berkaitan 'ustaz kolot' harus dilempar jauh-jauh agar Islam dapat terus berkembang sejajar dengan syariatnya yang dapat diamalkan dengan mudah dalam kehidupan seharian.


AWAK MINAT K-POP TAK?


K-Pop. Bila dengar perkataan ni mesti kita akan terbayang group-group atau band-band korea yang tengah menyanyi-nyanyi dan menari-nari di atas pentas. Sama ada lelaki atau pun perempuan. Solo mahupun berkumpulan.
Boleh dikatakan sekarang ni fenomena K-Pop memang sedang menjadi-jadi di negara kita. Buktinya, ramai kawan di sekeliling saya yang minat K-Pop. Bukan setakat lagu-lagu yang menjadi pujaan. Tetapi perkembangan semasa artis-artis ni jugak diketahui. Sampai sanggup membaca berita pasal artis-artis ni secara online tiap-tiap hari. Bagi yang agak fanatik, banyak lah post-post pasal artis kesayangan mereka dihebahkan di facebook.
Bahkan ada artis-artis di Malaysia yang cuba meniru artis-artis K-Pop ni dari segi penampilan, lagu, tarian dan macam-macam lagi la. Sedih jugak  bila tengok keadaan macam ni. Tak perlu lah nak ikut artis-artis korea ni. Lebih-lebih lagi yang perempuan.
Kita sedia maklum macam mana cara penampilan mereka kan. Memang tak menutup aurat. Tak cukup kain. Seksi sangat. Kalau difikir secara logik. Mereka bukannya orang Islam dan mereka tiada batas-batas aurat tertentu yang perlu dijaga dan menyebabkan mereka memakai pakaian sebegitu. Tapi, di Malaysia yang ikut trend mereka ni orang Melayu dan majoritinya ISLAM. Dan kita ada batas-batas aurat yang perlu dijaga.
Tak dinafikan fesyen-fesyen dari Korea memang sangat cantik. Kadang-kadang rambang mata juga dibuatnya. Pernah juga saya terasa seperti mahu membeli pakaian dengan style korea ini secara online.Tapi bila mengingatkan balik, baju-baju ni memang tak boleh dipakai kat luar. Seksi. So, tak jadi. Memang cantik. Tapi cantik pada pandangan manusia belum tentu cantik pada pandangan Allah. Fikirkan, mana satu yang kita nak? Cantik pada pandangan mata manusia atau cantik pada pandangan Allah? Mesti la kita nak cantik pada pandangan Allah kan?
Dan satu lagi yang menjadi kegilaan ramai ialah drama Korea. Kadang-kadang sanggup tak tidur malam sebab nak menghabiskan satu-satu drama ni. Maklum lah satu drama sekurang-kurangnya ada 16 episod. Dan bila dah mula nak tengok, memang akan addictive. Nak tengok lagi. Nak tengok lagi. Haa, mesti pelik macam mana saya tahu kan?
Actually, satu masa dulu saya boleh dikatakan Korean drama 'addict'.  Memang sangat-sangat suka tengok drama-drama Korea ni. Jalan cerita memang menarik dan romantik. Dan pelakon-pelakon Korea kacak-kacak dan cantik-cantik. Lagi la rasa tertarik nak menonton. Alang-alang tengok tu, boleh la cuci mata sekali kan. Opps!
Most of us ingat kita kena jaga pandangan bila berhadapan secara direct je dengan lelaki/wanita bukan mahram ni. Tapi kita silap sebenarnya. Bila kita tengok drama atau filem, kita pun wajib jaga pandangan kita. Dan dalam ayat Quran kat atas, Allah tujukan kepada orang-orang yang beriman. Saya nak jadi orang yang beriman. Bukan mudah nak jadi orang yang beriman ni. Salah satu caranya buat apa yang Allah suruh. Allah suruh jaga pandangan. Jadi kenalah jaga kan?
Dan satu lagi, bila terlalu banyak menonton drama ni sebenarnya kita sudah banyak membazirkan masa kita. Kadang-kadang jadi hanyut dengan cerita cinta drama korea ni. Sebab jiwang sangat. Satu kerja pun tak jadi. Mula lah terbayang-bayang. "Best nya kalau dapat boyfriend or girlfriend (p/s: no COUPLE in Islam) macam hero/heroin cerita ni." Duduk mengelamun dan berangan-angan sahaja pun dah berjam-jam. Mungkin kita tak sedar, apa yang kita buat ni termasuk dalam perkara yang sia-sia. Kenapa saya kata sia-sia? Sebab benda ni tak bagi manfaat pun pada kita. Bagi kita jadi lagho ada lah.
Tahu tak, Allah ada berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Al-Mu'minun ayat 1-11 bahawa antara ciri-ciri orang yang akan mewarisi Syurga Firdaus ialah orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
Haa, Allah pun dah cakap kan. Kalau kita tinggalkan perkara yang sia-sia ni, Insya Allah kita akan dapat masuk Syurga Firdaus. Whoah! Siapa yang tak nak masuk syurga? Mesti semua orang nak kan. Jadi, kita kenalah tinggalkan perkara yang sia-sia ni.
I know its hard to stop abruptly. Sebab saya pun masih tak mampu nak stop sepenuhnya. Lagu-lagu korea and drama-drama korea ni memang best. Tapi, kalau dah jahiliyah tu, memang kita kena tinggalkan. Kurangkanlah perlahan-lahan. Tapi, kalau dapat stop terus tu memang tersangatlah bagus. 
Nor Azieda Mohd Suhaimi


5 PUNCA MATA ANDA CEPAT LETIH


1.Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.
2.Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

APAM POLKADOT

Di zaman yang serba canggih dan moden ni, masyarakat seolah-olah berpatah balik semula ke zaman kegemilangan retro. Sehinggakan makanan pun terjebak sama. Baju-baju trend sekarang pun bercorak polkadot. Nampak unik sekali. Bukan setakat baju, makanan pun tak terkecuali sekali. Apam polkadot! Saya nak kongsikan resepinya di sini dengan anda semua.

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
  • CARA-CARA:

    1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
    2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
    3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
    4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
    5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
    6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
    7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Nampak macam mudah, tapi kalau tak pukul dengan betul apam anda takkan menjadi. Pertama kali saya buat, memang tak selera nak makan. Tapi terpaksa telan juga sebab dah takde sape yang nak tolong habiskan termasuklah adik yang mukanya dah macam ayam berak kapur dipaksa menelan apam tersebut. Second time cuba, agak menjadi dan memang sedap. Mak pun puji. Hehehe...Part yang paling memerlukan kesabaran ialah dot-dotnya yang memerlukan perhatian lebih dari anda. SELAMAT MENCUBA!


cutenye beliau...nak makan pun rase tak sanggup

Saturday, 26 May 2012

NUMBER ONE FOR ME!

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia kerana bulan Mei masih belum berakhir. Sebenarnya hari-hari merupakan Hari Ibu. Mak saya merupakan seorang Iron Lady bagi saya dan adik-beradik yang lain. Masih terbayang jerih payahnya mak membesarkan kami semua sejak dari kecil lagi. Keluarga saya bukanlah dari kalangan orang yang senang. Masih terbayang setiap pagi mak akan bangun seawal 5 pagi untuk bertolak ke tempat kerja di Penang dan pada pukul 6 pagi sudah berada di atas jambatan bagi mengelakkan kesesakkan trafik. Memang haru biru jadinya kami adik-beradik. Terkulat-kulat bangun pagi bersiap untuk pergi sekolah. Kalau bernasib baik, dapat tengok wajah mak, kalau bangun lambat alamatnya muka ayah yang garang jela dapat tengok. Itu tak termasuk lagi kalau salah sorang dari kami yang buat perangai (selalunya saya sebab adik saya sangat baik) contohnya baju sekolah yang masih belum iron, lencana sekolah hilang, stokin hilang sebelah kiri, takde serkup nak pakai sebab basah dan macam-macam lagi. 

Yang paling saya kagum dengan mak saya, walaupun beliau sentiasa sibuk, setiap pagi pasti sarapan akan tersedia diatas meja. Sampailah sekarang! Walaupun sekadar cokodok, tapi sangat berharga bagi anak-anaknya yang seumpama anak burung kelaparan. Yang paling best kalau sempat masak lauk-pauk di awal pagi (actually masak untuk tengahari siap-siap), abang saya yang akan melantak 2 kali sebelum pergi sekolah. Walaupun mak dan ayah sibuk dengan kerja masing-masing sehingga kadangkala mengabaikan kami adik-beradik, tapi kami tidak pernah mengambil kesempatan. Asalkan mak dan ayah sentiasa ada disisi, itu sudah cukup. Bila semua dah besar dan membawa haluan masing-masing, baru kami nampak hikmah di sebalik kesibukan mak dan ayah bersusah payah mencari rezeki untuk sesuap nasi. Kami adik beradik dapat berdikari dan mampu membuat keputusan sendiri. THANK U MOM! YOU ARE NUMBER ONE FOR ME!

 Lirik lagu Maher Zain ini sangat sesuai untuk kaum ibu-ibu diluar sana. Sungguh menyentuh kalbu...

i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

the number one for me
the number one for me
the number one for me
oh, oh, number one for me