
Ada sorang murid ni, gemar sangat bercerita. Namanya Haikal. Dia kata, "Ustazah, nanti bila dah besar saya nak belajar sampai SPM je," Saya mengerutkan dahi. "Kenapa sampai SPM je? Tak nak belajar tinggi-tinggi ke? Boleh kerja besar nanti?" Dia menjawab dengan selamba "Saya nak kerja sebagai penjaga zoo nanti, tak payah la susah-susah nak belajar tinggi-tinggi," Saya tersenyum. Hai...macam-macam budak-budak zaman sekarang ni ye. Kecik-kecik lagi dah mampu merancang untuk masa depan. Seingat saya, kalau zaman saya dulu, umur 9 tahun takdenye nak fikir benda-benda camtu, yang penting dapat main. "Tak salah kalau nak jadi penjaga zoo, tapi biarlah kita berpendidikan tinggi supaya masyarakat pun pandang tinggi kat kita, tambahan pulak Haikal lelaki, lagi kena belajar tinggi supaya boleh sara keluarga nanti," Haikal terdiam. Mungkin memikirkan rancangan masa depannya yang perlu diubah kelak.
Ada sorang murid ni, namanya Zuhairi. Tulisan macam cakar ayam. Memang susah nak diubah walaupun dah usaha bermacam-macam cara. Selalu duduk dihadapan kelas. "Zuhairi, kenapa tulisan kamu teruk sangat?" Saya bertanya kepadanya. Dia memandang saya dengan muka tak malu dan berkata "Malas la ustazah..." Saya membalas dengan hati penuh geram "Kalau dah malas sangat pergi masuk kubur, duduk dalam kubur diam-diam. Tak payah susah-susah fikir masalah dunia. Orang malas tak boleh hidup kat dunia ni..." Dia terkedu. Diam dan tertunduk. Hahaha...nak ketawa pun ada time tu. Bila fikir balik, macam mana boleh terfikir ayat drastik sebegitu untuk budak 9 tahun? Tahu pulak takut bila dengar perkataan 'kubur'.
Pelbagai pengalaman berharga dan bernilai yang dapat dikutip semasa mengajar dulu. Walaupun menyakitkan hati, tapi sebenarnya ia menyeronokkan. Bukan mudah nak jadi pendidik sebenarnya. Besar ganjaran yang diperoleh apabila kita mengajar dengan penuh keikhlasan. TERIMA KASIH CIKGU!
No comments:
Post a Comment