Di zaman yang serba canggih dan moden ni, masyarakat seolah-olah berpatah balik semula ke zaman kegemilangan retro. Sehinggakan makanan pun terjebak sama. Baju-baju trend sekarang pun bercorak polkadot. Nampak unik sekali. Bukan setakat baju, makanan pun tak terkecuali sekali. Apam polkadot! Saya nak kongsikan resepinya di sini dengan anda semua.
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
- 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar@susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
- pewarna
- CARA-CARA:
- masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
- masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
- picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
- letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
- picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
- last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
Nampak macam mudah, tapi kalau tak pukul dengan betul apam anda takkan menjadi. Pertama kali saya buat, memang tak selera nak makan. Tapi terpaksa telan juga sebab dah takde sape yang nak tolong habiskan termasuklah adik yang mukanya dah macam ayam berak kapur dipaksa menelan apam tersebut. Second time cuba, agak menjadi dan memang sedap. Mak pun puji. Hehehe...Part yang paling memerlukan kesabaran ialah dot-dotnya yang memerlukan perhatian lebih dari anda. SELAMAT MENCUBA!

![]() |
cutenye beliau...nak makan pun rase tak sanggup |
No comments:
Post a Comment