Tuesday, 1 May 2012

SATU KISAH

Time masuk kelas Makroekonomi hari tu, nak hilangkan rasa bosan dan mengantuk student, our lecturer Pn. Ain ada la keluarkan satu kisah ni...bagi kami amat menarik dan kena gayanya dengan personaliti dan persekitaran pembelajaran yang sentiasa kami bawak sebagai pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan...ceritanya bermula begini :

Satu hari, ada 3 orang sahabat yang terdampar di sebuah pulau, dan di pulau tersebut hanya terdapat pohon kelapa. 3 orang sahabat ini bercadang untuk mengambil buah kelapa untuk di minum airnya kerana haus. Sahabat pertama, iaitu seorang SAINTIS mencadangkan teori kepada 2 sahabatnya dengan memanjat sahaja pokok kelapa tersebut untuk mendapatkan buahnya lalu buah itu dihempaskan dari atas agar pecah dan airnya boleh terus diminum.

Sahabat kedua yang merupakan seorang ASKAR kurang bersetuju dengan cadangan tersebut. Lalu beliau mencadangkan agar kulit buah kelapa tersebut dikoyakkan sahaja dengan menggunakan gigi agar airnya boleh diminum.


Manakala sahabat ketiga yang merupakan seorang AHLI EKONOMI menyuarakan pandangan dengan mengatakan '' ANDAIKAN..................''

Selepas itu kelas kami disambut dengan gelak ketawa semua student. (for those yang faham je la).. Hahahahaha....terbaekkk!

Kesimpulannya, bidang yang berlainan sudah pasti akan membawa karekter, pemikiran dan idea yang berlainan!

No comments:

Post a Comment