Mungkin ramai ingin tahu, berapakah jam sehari seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan bekerja dalam sehari. Berbanding orang yang bekerja makan gaji akan bekerja selama 8 jam sehari ataupun waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang. Kajian yang dibuat melalui buku The Millionaires Next Door mendedahkan bahawa waktu mereka focus pada kerja-kerja penting dan produktif adalah sekitar 60 hingga 70 jam seminggu. Kebanyakan mereka yang telah mencapai jutawan menumpukan masa bekerja secara produktif yang lebih lama iaitu melebihi 80 jam seminggu. Secara puratanya mereka bekerja selama 12 jam satu hari. (waahh.. 4 jam lebih lama dari orang makan gaji biasa) mungkin inilah faktornya mereka boleh mencapai kebebasan kewangan. Jadi amat sukar untuk mencapai kebebasan kewangan jika kita hanya menumpu hanya 8 jam kerja sehari.
Buku Rahsia Bisnes Orang Jepun karya Ahn Wang Seng yang mendedahkan bahawa budaya kerja orang Jepun sangat workaholic. Mereka bekerja 12-14 jam sehari. Orang-orang Jepun keluar bekerja seawal pagi sebelum matahari terbit dan akan hanya balik pada lewat malam. Adalah perkara memalukan si isteri jika suami mereka pulang awal ke rumah (berbeza dengan budaya kita, jika pulang lewat akan dianggap berfoya-foya).
Jadi inilah anggaran jadual waktu kerja produktif bagi seorang yang berstatus jutawan atau bakal jutawan khususnya Muslim setelah ditolak waktu makan dan solat jika kita bekerja selama 13 jam 30 minit sehari.
Masa | Perkara | Jam |
5.00 pagi – 6.00 pagi | Bangun/ Mandi | |
6.00 pagi – 7.00 pagi | Solat subuh / Sarapan Pagi | |
7.00 pagi – 8.00 pagi | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
8.00 pagi – 9.00 pagi | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
9.00 pagi - 10.00 pagi | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
10.00 pagi – 11.00 pagi | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
11.00 pagi – 12.00 tgh | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
12.00 tgh – 1.00 tgh | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
1.00 tgh – 2.00 ptg | Rehat/ Solat Zohor /makan | |
2.00 ptg – 3.00 ptg | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
3.00 ptg – 4.00 ptg | WaktuProduktif Kerja | 1 jam |
4.00 ptg – 5.00 ptg |
Waktu Produktif Kerja / Solat Asar
| 30 minit |
5.00 ptg – 6.00 ptg | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
6.00 ptg – 7.00 ptg | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
7.00 ptg – 8.00 mlm | Rehat / Solat Maghrib/ Makan malam | |
8.00 mlm – 9.00 mlm | Waktu Produktif Kerja / Solat Isyak | 1 jam |
9.00 mlm – 10.00 mlm | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
10.00 mlm – 11.00 mlm | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
11.00 mlm – 12.00 mlm | Rehat / Tidur | |
Jumlah Waktu Kerja | 13 jam 30 minit |
No comments:
Post a Comment