Wednesday, 9 May 2012

SHUT UP! STUPID FOOLS!!!

Hari Selasa merupakan hari yang paling busy dalam jadual hidup saya kerana kelas bermula dari pukul 8 pagi sampai 10.30 malam. Memang meletihkan. Sementara menunggu kelas Aplikasi Komputer pada pukul 3 petang, saya mengambil keputusan untuk lepak dan berehat di surau fakulti. Jarum jam yang menunjukkan angka 1.30 petang menandakan waktu puncak dan ramai pelajar memilih untuk berehat di dalam surau bersama geng masing-masing. Selepas azan berkumandang, hampir semua pelajar memilih untuk berjemaah, alhamdulillah...usai solat berjemaah para pelajar semakin ramai yang masuk ke dalam surau. Semakin ramai manusia-manusia di dalam surau maka semakin bingitlah suasananya. Apatah lagi di ruang solat pelajar perempuan, bermacam-macam cerita dan gosip hangat yang ingin dikongsi bersama seolah-olah sudah 10 tahun tidak berjumpa! 

Mashaallah...surau sudah bertukar menjadi pasar borong dalam sekelip mata. Selang beberapa minit, tiba-tiba..."Shut up! Stupid fools!!!" Semua terdiam dan terkedu (termasuk jemaah yang sedang solat). Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. Seorang staf or maybe student berbangsa asing menjerkah dari bahagian lelaki. Hmm...situasi begini bukan pertama kali berlaku, tetapi sudah berkali-kali diberi teguran dari orang yang sama namun masih ada yang belum serik dan buat tidak endah.

Walaupun boleh diklasifikasikan sebagai berpendidikan tinggi, nampaknya masih ramai yang kurang menghayati dan benar-benar mengamalkan adab di dalam masjid dan surau. Teringat kata-kata dari pensyarah Pengajian Islam ketika study di KUIN dahulu, 'Sedar tempat dan sedar ruang di mana kita berada'. Sangat mengecewakan dan sungguh memalukan...

No comments:

Post a Comment