Thursday, 17 May 2012

'RAYA RAYA'

Raya-raya...bunyi macam lucu tapi apa sebenarnya raya-raya ni?
Masa zaman diploma dulu, bila masuk tahun 2, kebanyakan kawan-kawan saya memilih untuk menyewa rumah kerana asrama yang disediakan pihak kolej jauh dari kampus induk. Tidak ketinggalan juga kawan-kawan yang memilih untuk tinggal di taman perumahan yang berdekatan. Satu group kawan saya yang terdiri daripada 5 orang (digelar geng Jijah) menyewa di taman perumahan bersebelahan dengan tempat saya menyewa. Satu hari, sebelum menunggu kelas bermula, geng Jijah membuka satu cerita yang amat menarik.

Ceritanya bermula apabila mereka merasakan sesuatu tidak kena dengan rumah yang mereka duduki sekarang. Seolah-olah ada penghuni lain yang turut menumpang tinggal bersama. Mas, salah seorang geng Jijah pernah meminta bantuan dari seorang rakan untuk berjumpa dengan seorang ustaz. Mas bertanyakan mengenai masalah rumah sewa mereka. Tahu apa ustaz tu cakap? Ustaz itu memberitahu rumah yang mereka duduki sekarang berpenunggu. Lebih menyeramkan lagi, penunggu itu ialah hantu raya! Meremang bulu roma sesiapa yang mendengarnya. Ingatkan zaman-zaman milenium yang serba canggih manggih ni dah tak wujud benda-benda karut, rupanya masih ada.

Setiap semester semua pelajar diwajibkan menghafal surah hafazan. Kebetulan untuk semester akhir saya dan rakan-rakan sekelas perlu menghafal surah Yasin. Setiap kali geng Jijah menghafal, pasti sesuatu akan berlaku. Misalnya pintu akan tertutup dengan sendirinya. "Mengamuk la Raya-raya tu," cerita Jijah kepada kami yang sedang khusyuk mendengar. Bukan setakat itu sahaja, bahkan kadangkala paip didalam bilik air akan terpasang dengan sendiri pada waktu malam dan menyebabkan bil air melambung tinggi. "Alaa...biasalah, Raya-raya pun nak mandi jugak malam-malam," Ujar Mas menyebabkan kami tersenyum sumbing. 

"Siapa tuan rumah? Tak pernah jumpa ke sebelum ni?" Saya bertanya ingin tahu. Jijah menjawab "Selama ni duit sewa pun bagi melalui orang tengah." Dan geng Jijah memang sudah sedia maklum yang tuan empunya rumah merupakan sorang nenek tua. Hmm...dah macam drama tv pulak kan? Menurut Jijah lagi, setiap kali hujung minggu pasti tiada sesiapa yang sanggup ditinggalkan sorang-sorang. Kalau nak stay up malam pun mesti nak berteman. Seorang kawan yang pernah bertandang ke rumah mereka pun mengatakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah tersebut dan nampak agak usang pemandanganya dari luar walaupun taman perumahan tersebut masih baru dibina. Tapi yang itu dulu, lama-kelamaan geng Jijah dapat menyesuaikan diri. Mereka pun dah lali dengan kerenah si Raya-raya tu. Siap letak nama Raya-raya lagi! Hahaha...

Moralnya, next time nak stay rumah sewa cek dulu background tuan rumah dan rumah yang bakal di huni kelak.

sekadar gambar hiasan
 

No comments:

Post a Comment