Malam Selasa merupakan malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh saya dan kengkawan. Apasal asyik hari Selasa je ni? Kan aritu dah gtau hari Selasa merupakan hari yang paling bizi dalam hidup saya! Kembali ke topik asal....mana taknya, every Tuesday night we allz ade latihan Cak Lempong. Ye..memang rasa seperti tidak percaya yang saya bermain muzik tradisional Melayu. Tak pernah terdetik sikit pun di hati nak main alat-alat muzik tradisional segala bagai ni.
Gambar sengaja dikaburkan oleh penulis kerana sebab musabab tertentu |
Tapi bila dah mula main, memang excited giler rasanya. Sangat best. Dan yang penting, boleh hilangkan stress dan serabut di minda. First time main memang agak nervous, biasa la benda-benda baru ni kan, lama-lama terer la. Yang penting perlu pantas dan tangkas. Perlu ada sikit pakej jiwa-jiwa muzik untuk menghayati melodi yang dimainkan.
Kalau tak disebabkan universiti mewajibkan student-studentnya terlibat dengan aktiviti tertentu, memang takkan pernah sentuh la benda alah ni. Bila dah susah payah berlatih tiap minggu, mesti ada show. Baru berbaloi. So, sekarang kitaorang tengah countdown hari persembahan pada 27/5/2012. Good luck guys!
No comments:
Post a Comment