"Cepat bukak TV Alhijrah, mak nak tengok Ustaz Don!" Mak saya mencari-cari remote TV yang hilang entah ke mana. Selepas selesai memasak, dia akan duduk santai di depan TV menunggu cerita kegemarannya. 30 Minit Bersama Ustaz Don. Pertama kali tengok rancangan ni, memang tak kenal penceramahnya. Yang saya tahu, hmm..ensem jugak ustaz ni. Hihi...Dan yang positifnya tentang Ustaz Don ni, semua orang suka mendengar celotehnya ynag santai dan pandai memujuk. Kupasan isu yang dibawakan juga diterangkan dengan jelas dan terang.
Serentak dengan fenomena Ustaz Don, muncul pula Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Youtube diorang cakap. Saya jarang mendengar ceramah beliau oleh kerana loghat Kelantan yang digunakan agak pekat. Tapi isu semasa yang dihuraikan memang menarik, kelakar dan ada logiknya disitu.
Arus semasa yang bergerak pantas memaksa para 'ustaz-ustaz' diluar sana berfikiran kreatif untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Tambahan pula masyarakat pada masa kini semakin bijak menilai mana baik dan buruk sesuatu perkara. Persepsi masyarakat berkaitan 'ustaz kolot' harus dilempar jauh-jauh agar Islam dapat terus berkembang sejajar dengan syariatnya yang dapat diamalkan dengan mudah dalam kehidupan seharian.


No comments:
Post a Comment