Sunday, 13 May 2012

CITA-CITA TERAGUNG


Roh perjuangannya terus mekar... Keadaan yang luar biasa dan merbahaya itu telah menyebabkan isteri Sheikh Ahmad Yassin menasihati beliau agar bersolat Isya di rumah sahaja. Seorang tua yang lumpuh, berumur 67 tahun, serta memiliki pelbagai keuzuran serta memerlukan kerusi roda untuk bergerak itu lantas menjawab dengan suara yang serak, ” Kenapa kamu menyuruh saya bersolat di rumah? Adakah hanya kerana pesawat dan helikopter tersebut? Kalau saya ditakdirkan mati syahid malam ini, inilah malam yang saya tunggu-tunggukan seumur hidup saya. Insya Allah saya akan mati syahid malam ini….”

Dalam Islam, mati syahid ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah.

Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, adalah sebagai berikut:


"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171
 
Rasulullah bersabda:

"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
  1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
  2. melihat tempatnya didalam surga
  3. dilindungi dari azab kubur
  4. dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
  5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
  6. dan diperkenankan memberi syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)



No comments:

Post a Comment