Monday, 28 May 2012

LAWAK KE DER???

Hahahaha...dari pagi sampai malam ketawa memanjang. Entah apa yang lawaknya pun tak tahu. Celik je mata, terus cari remote dan tekan channel Astro Warna. Bila dah bukak memang tak jadi kerjalah jawabnya kerana asyik dok mengadap 'benda alah' tu. Sampaikan kadang-kadang nak keluar rumah pun tak jadi! Rasa berat hati nak tinggalkan Tv. Walhal, benda yang sama jugak diulangnya. Dengan Super Spontannya, Karoot Komedianya, Berita Hangit dan macam-macam lagi. Kalau tengok muka pelakonnya saja pun dah rasa nak tergelak, apatah lagi menonton ceritanya. 

Sedar atau tidak sebenarnya kita banyak menghabiskan masa melakukan perkara yang melalaikan atau lebih tepat lagi lagho. Mungkin dengan menonton rancangan-rancangan sebegini dapat menghilangkan stress bagi sesetengah orang. Tapi bila difikirkan semula, banyak lagi benda-benda lain yang boleh dibuat untuk menghilangkan tekanan. Atau sememangnya masyarakat kita terlalu 'gilakan' hiburan? Bukankah terlalu banyak ketawa akan menyebabkan hati mati? Islam sendiri tidak melarang umatnya untuk berseronok apatah lagi berasa gembira, tetapi berseronok itu biarlah ada batas dan tidak melampau. Sesungguhnya terlalu berseronok akan menyebabkan kita semakin jauh meninggalkan Allah. Tidak salah kalau nak menonton Maharaja Lawak,  tetapi jangan sampai tertinggal solat. Renung-renungkan dan selamat beramal.




No comments:

Post a Comment